IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Najib Tegur Lim Guan Eng Tentang Kenaikan Hasil Empat Bulan


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mencemuh dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengatakan kenaikan 7 kali ganda Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM3.25 bilion dalam tempoh 4 bulan kerana kecekapan pengurusan kewangan Pakatan Harapan.

Bekas perdana menteri berkata kenaikan sama pernah dicatatkan sebelum ini dan sebenarnya corak hasil dan perbelanjaan kerajaan tidak seragam sepanjang tahun serta dipengaruhi faktor-faktor bermusim.

Najib menjelaskan setiap tahun hasil bulan Mei hingga Ogos lebih tinggi daripada Januari hingga April kerana cukai Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) akan dikutip selepas April, manakala dividen interim Petronas juga akan diterima pada pertengahan tahun.

Perbelanjaan 4 bulan pertama setiap tahun juga lebih tinggi kerana keperluan awal tahun seperti membayar bonus kakitangan awam, baucer buku bantuan sekolah, bantuan-bantuan tahunan, serta pembayaran untuk peruntukan dan program agensi kerajaan.

“Corak hasil dan perbelanjaan ini tidak berubah untuk setiap tahun. Apa yang nak dihairankan jika corak ini berulang untuk 2018? Mengapa mahu dipuji kerana corak ini berulang?” katanya di Facebook.

Semalam, Lim mengumumkan kecekapan pengurusan kewangan PH berjaya meningkatkan Akaun Hasil Disatukan daripada RM450 juta pada 30 April “yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional” kepada RM3.70 bilion pada 31 Ogos.

Najib bagaimanapun tidak bersetuju dengan Lim.

“Dia kata ini bukti dia lebih pandai kerana mereka mengamalkan prinsip CAT. Saya nak tanya adakah huruf T dalam CAT ini bermaksud ‘Tipu’ atau ‘Temberang’?” katanya.

Selain penjelasan tentang corak hasil dan perbelanjaan tahunan, Najib berkata dia difahamkan Petronas dan Khazanah diminta menaikkan dividen sebanyak 50% untuk tahun ini.

Beliau juga berkata dia diberitahu kerajaan memberhentikan banyak projek, menghentikan atau melambatkan bayaran bagi bayaran balik input GST dan bayaran balik LHDN, yang diterima untuk Mac sehingga Ogos, serta bayaran untuk kontraktor dan pembekal.

“Jika tidak membayar sudah tentu perbelanjaan untuk bulan-bulan bawah kerajaan PH lebih rendah. Beranikah kerajaan PH memberi butiran terperinci bayaran bulanan untuk 4 perkara ini?” katanya. #sumber

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

MAMPUH KAU MAHA CILAKA TUN MAHATHIR

Anonymous said...

HAIHS HORMATILAH ORANG LEBIH BERUSIA
JIKA TIDAK HORMAT ORANG LEBIH BERUSIA
BAGAIMANA ORANG HENDAKLAH HORMATI ANDA
DISATU KETIKA ANDA JUGA AKAN BERUSIA
DUNIA INI BERPUTAR CUACA SILIH BERGANTI
KAHKAH KAHKAH
ANDA JUGA AKAN DIKAHKAH
KAHKAH KAHKAH

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]