IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Tengku Abdullah: Sultan Pahang Tunjuk Perkembangan Positif


BENTONG - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan perkembangan positif, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda. 

"Alhamdulillah... saya baru dapat laporan terkini pada petang tadi bahawa tuanku masih beristirahat dan masih dalam jagaan doktor di IJN. 

"Nampak ada improvement tapi masih lagi dalam pengawasan. Sama-sama kita berdoa supaya tuanku pulih," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Sultan Pahang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]