IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Kira-Kira 14 Peratus Penduduk Pahang Kini Penghidap Diabetes


MARAN - Kira-kira 14.8 peratus daripada penduduk Pahang yang berusia 18 tahun ke atas adalah penghidap diabetis.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata apa yang membimbangkan ialah lebih separuh daripada mereka tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit itu. 

"Kebanyakkan mereka hanya mengetahui status diabetis apabila mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang dibuat saringan di luar atau menerusi program Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen). 

"... itu pun tindakan untuk menjalani saringan dilakukan selepas merasakan ada tanda gejala diabetis," katanya pada Sambutan Hari Diabetis Sedunia Peringkat Pahang 2018 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

Mohamed Sapian juga memuji peranan Kospen dilihat aktif membantu masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan kepada komuniti. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]