IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

PEKA: Henti Tangkap Pekerja Asing Yang Mahu Terus Bekerja !


KUALA LUMPUR: Pertubuhan kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) sarankan kerajaan memulakan program komprehensif untuk memberi status sah kepada pekerja asing yang mahu terus bekerja dan menyumbang pada negara ini dalam sektor bangunan, ladang dan lombong.

Kerajaan wajar menghentikan segera operasi menangkap mereka (pekerja asing) yang memiliki permit tamat tempoh.

"Ini kerana mereka tiada cara mendapatkan dokumen sah dengan sendiri, sebaliknya perlu bergantung kepada majikan atau syarikat.

Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir berkata ramai pekerja asing tidak mempunyai dokumen sah kerana pihak berkuasa tidak menyediakan saluran terbuka untuk mereka mendapatkan status sah.

“Proses memperbaharui permit kerja mereka, mendapatkan status sah dan diambil bekerja semula hanya boleh dilakukan majikan melalui syarikat” katanya dalam satu kenyataan.

Berapa ramai anak muda dalam negara ni sanggup melakukan pekerjaan seperti mereka dalam sektor itu". Operasi penahanan ini tidak memanfaatkan mana-mana pihak.”

"Jika mereka diberi peluang perbaharui sendiri dokumen kerja sudah tentu mereka akan tampil, tiada isu lagi dianiaya sesiapa", malah kerajaan sendiri akan mengaut banyak hasil.

“Ini mempunyai kesan rumit dan luas terhadap produktiviti sektor ekonomi utama. Negara ini sedang membangun, tenaga pekerja asing diperlukan untuk pembangunan ekonomi negara selain kepakaran yang ada pada mereka.

"Katanya, kerajaan belanjakan wang yang besar setiap kali pihak berkuasa ingin menjalankan operasi, mereka yang ditangkap akan melalui proses perundangan sehingga boleh dihantar ke negara asal. Sementara selesai, kerajaan pula kena tanggung penuh hidup mereka di penjara."

“Tambahan, kriteria ditetapkan pihak berkuasa adalah terhad, tidak termasuk sejumlah besar pekerja asing. Kekurangan pemeriksaan buruh oleh pihak berkuasa menyebabkan pekerja asing tidak boleh mengadu mengenai pelanggaran hak buruh dan pencabulan hak asasi.” #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]