IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Program NGO Peka Terima Sambutan Sungguh Menggalakkan


KUALA LUMPUR - Pengkhususan terhadap kebajikan warga asing yang mendaftar di bawah Program Kebajikan dan Khidmat Imigran Peka terus diberi perhatian.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir berkata, usaha yang dilakukan mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan berkenaan yang sedar akan kepentingannya.

Menurutnya, mereka (warga asing) yang berdaftar di bawah khidmat Peka akan mendapat banyak faedah dari aspek kebajikan serta kemudahan sepanjang berada di negara ini.

Kad yang mengandungi maklumat diri peserta (program) untuk rujukan Peka yang dikeluarkan mempunyai fungsi sistem Touch 'n Go untuk kemudahan sampingan berbelanja di semua tempat yang mempamerkan logo sistem berkenaan.

"Mereka terutamanya yang baru jejak kaki ke negara ini tidak perlu khuatir mengenai isu kebajikan setelah menyertai program. "Mereka secara automatik akan mendapat khidmat guaman secara percuma yang disediakan Peka selain tiap-tiap aduan penganiayaan akan Peka laporkan supaya diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

"Lebih penting, mereka dilindungi insuran bagi rawatan penyakit, kemalangan serta kematian. Masih ramai majikan yang tidak sedar betapa sukar untuk menguruskan jenazah mereka jika berlaku kematian.

"Melalui penyertaan ini, majikan tidak perlu takut dan mengeluarkan sebarang kos, serahkan pada Peka menguruskan jenazah termasuk urusan pengebumian jenazah atau penghantaran pulang jenazah ke negara asal kerana mereka memiliki pampasan kematian seperti yang dijamin insuran," katanya dalam satu kenyataan.

Kata Zuhairi lagi, sebagai pekerja di negara asing bagi mereka sudah pasti aspek keselamatan nyawa perlu didahulukan berbanding perkara lain kerana ramai antara mereka membawa harapan keluarga di negara asal.

"Dalam soal kemudahan pula, pelbagai inisiatif ditawarkan bagi memudahkan kehidupan dijalani warga asing di negara ini.

"Setiap mereka turut diberikan percuma kad prabayar Visa. Kad ini membolehkan mereka membuat simpanan, pembayaran serta pengeluaran tunai di mesin pengeluaran automatik (ATM) di setiap bank yang menerima urusniaga /transaksi Visa di seluruh Malaysia termasuk luar negara". Katanya.

"Peka juga menyediakan khidmat pengurusan dokumentasi bagi membantu apa yang diperlukan mereka termasuk mendapatkan lesen memandu kenderan pada yang layak.

Warga asing yang memerlukan khidmat dari Peka boleh hubungi talian 010-299 9949 atau 010-299 0909 bagi pertanyaan lanjut serta pendaftaran. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]