Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Anak Peneroka Felda Kota Gelanggi 2, Jurutera Honda Di Jepun


JERANTUT - Minat mendalam dalam bidang mekanikal dan automotif sejak kecil merintis jalan kepada Nor Hairuddin Mohd. Zainal Abidin, 43, dari Felda Kota Gelanggi 4 di sini untuk menjadi ketua jurutera sebuah syarikat pengeluar kereta di Jepun.

Anak generasi kedua Felda itu menempa kerjaya cemerlang de­ngan memperoleh pendapatan lumayan di negara matahari terbit berkenaan sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Bapanya, Mohd. Zainal Abidin Ab. Ghani, 67, yang merupakan seorang peneroka di Felda Kota Ge­langgi 4 berkata, anak sulung daripada enam beradik itu amat berminat dengan bidang mekanikal dan automotif sejak belajar di Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 2.

“Setelah menyertai tanah rancangan di sini, saya membuka bengkel secara kecil-kecilan membaiki motosikal untuk menambah pendapatan.

“Pada masa sama, Nor Hai­ruddin menunjukkan minatnya dan mempelajari cara membaiki kerosakan enjin pada sebelah petang selepas pulang dari sekolah,” katanya ketika ditemui di Felda berkenaan hari ini.

Kisah Nor Hairuddin yang memahat nama dalam bidang kejuruteraan automatif di peringkat antarabangsa tular dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Nor Hairuddin yang bekerja sebagai seorang jurutera di Honda R&D, Tochigi Jepun sejak 2001 sehingga ini berjaya menghasilkan variasi paten mid-range ‘Super ­Handling All-Wheel Drive’ atau SH-AWD iaitu satu sistem kepelbagaian kluc yang dikawal secara elektronik yang dipasang pada mo­del Acura TLX serta MDX. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]