Pahang Daily Onlie (PDO) Menzahirkan Sembah Tahniah, Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Ke-VI | Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Anwar Nasihatkan Azmin Supaya Gunakan Saluran Yang Betul !


PORT DICKSON - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak berpuas hati dengan pelantikan barisan kepemimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi sesi 2018-2021 diminta menggunakan saluran yang betul bagi menyatakan pandangan mereka.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau telah mengambil pendekatan yang inklusif dalam membuat pelantikan MPP PKR bagi sesi 2018-2021 bagi memastikan semua pihak diwakili dalam parti tersebut.

"Kita tidak boleh nafikan mengenai keperluan untuk membawa semua pihak masuk ke dalam parti. Saya telah bawa masuk Naib Presiden, Ketua Penerangan dan Ahli MPP lain dan ini dilakukan dalam mesyuarat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara bola sepak pantai Piala Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada beliau supaya  meneliti semula perlantikan jawatan utama kepimpinan parti itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, gesaan Mohamed Azmin ke atas beliau itu adalah pendapat peribadinya kerana Mohamed Azmin mahukan orang tertentu keluar daripada parti sedangkan beliau mahu semua orang berada dalam parti. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]