Pahang Daily Onlie (PDO) Menzahirkan Sembah Tahniah, Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Ke-VI | Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Belasah Drebar Bas Di R&R Gambang: Tujuh Lelaki Di Dakwa !


KUANTAN - Tujuh lelaki termasuk seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, berhubung insiden pergaduhan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang yang tular menerusi media sosial, pada 24 Dis lalu.

Enam daripada mereka yang turut melibatkan adik-beradik daripada dua keluarga berbeza, mengaku bersalah atas pertuduhan merusuh sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah manakala pemandu bas itu pula yang dituduh mencederakan dua remaja meminta dibicarakan dalam satu prosiding berasingan.



Yang mengaku bersalah ialah Ahmad Mohamad Noor, 44 dan adiknya Ahmad Kamaruddin, 41 serta Muhammad Isamrudin Dollah, 34 dan dua abangnya Hairie, 40, serta Mohd Hapis Sukri, 36, serta rakan mereka Shahrizan Mohd Sham, 36. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]