Pahang Daily Onlie (PDO) Menzahirkan Sembah Tahniah, Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Ke-VI | Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Dua Orang Bapa Dijel Dan Disebat Rogol Anak Kandung Sendiri


ALOR GAJAH - Dua bapa masing-masing dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan serta 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol anak perempuan mereka pada sekitar Julai dan November lalu. 

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua tertuduh yang berusia 35 dan 39 tahun itu selepas mereka membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah. 

Tertuduh pertama berusia 35 tahun itu yang juga bekerja sebagai tukang kasut didapati bersalah terhadap dua pertuduhan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didapati telah merogol anak perempuan sulungnya yang berumur 12 tahun yang mana perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama atau adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.

Tindakan itu telah dilakukannya kira-kira pukul 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Pulau Sebang masing-masing pada 4 dan 5 November 2018. 

Sementara itu, tertuduh kedua yang berusia 39 tahun itu pula didapati telah merogol anak perempuan berusia 18 tahun kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah rumah di Pulau Sebang pada Julai 2018.

Bagi kesalahan itu kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan. 

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Wai Yai manakala hanya tertuduh kedua diwakili Peguam Muhammad Azizi Mahat. 

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman masing-masing penjara 15 tahun dan 10 sebatan serta 20 tahun dan 10 sebatan terhadap tertuduh pertama, namun mengarahkan hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap iaitu 24 Disember 2018. 

Bagi tertuduh berusia 39 tahun itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 tahun dari tarikh ditangkap pada 21 Disember 2018. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]