Pahang Daily Onlie (PDO) Menzahirkan Sembah Tahniah, Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Ke-VI | Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Isu Bawa Kanak-Kanak Ke Himpunan, Polis Panggil Penganjur !


KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil penganjur himpunan kesyukuran menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas polis mendapati terdapat segelintir peserta membawa kanak-kanak ketika perhimpunan berkenaan dilaksanakan.


"Kita akan memanggil pihak penganjur dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung tindakan peserta membawa kanak-kanak ketika perhimpunan dilakukan.

"Sebelum ini, kita telah memberi syarat kepada penganjur bahawa tiada kanak-kanak akan terlibat dalam perhimpunan itu," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, peserta yang membawa kanak-kanak semasa menghadiri himpunan kesyukuran menolak ratifikasi ICERD adalah menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]