Pahang Daily Onlie (PDO) Menzahirkan Sembah Tahniah, Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Ke-VI | Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Rusuhan Kuil, Musa Hassan Perlu Hati-Hati Keluar Kenyataan !


KUALA LUMPUR: NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menyelar kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan yang menyifatkan pihak berkuasa lambat bertindak dalam kes rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman akhir bulan lalu.

Baca artikel  >> Polis patut bertindak masa ‘panas’ bukan lepas ‘basi’, kata Musa Hassan

Bekas ketua polis negara berkata perusuh patut ditangkap secara “besar-besaran” ketika situasi “masih panas”, bukannya selepas kejadian. Beliau kemudian mendakwa ketika dia memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa berlakunya perhimpunan Hindraf di Ampang Park, seramai 130 individu ditangkap pada hari kejadian.

Mengulas lanjut kenyataan Musa Hassan itu, Penyelaras NGO terbabit Mohd Shukri Mohd Ramli mendakwa kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bekas Ketua Polis Negara.



"Saya nak bagi tau Musa Hassam, ketika himpunan Hindraf polis sudah mendapat maklumat awal kerana himpinan itu dirancang sejak sekian lama. Malahan polis juga sudah mengenalpasti beberapa individu terlibat yang dipercayai menjadi dalang himpunan terbabit. Malahan himpunan Hindraf bukanlah berbentuk rusuhan dan ia hanya himpunan untuk nyatakan bantahan. Berbeza dengan rusuhan di kuil yang melibatkan dua kumpulan bertembung", kata Shukri.

Malahan kata beliau lagi, rusuhan di kuil itu tidak dirancang dari awal yang membolehkan pihak polis bersiap sedia di lokasi seperti himpunan Hindraf. Kejadian pula katanya berlaku pada awal pagi. Polis hanya dimaklum selepas kejadian berlaku dan ia menyukarkan pihak polis untuk menangkap sesiapa yang terlibat secara sesuka hati katanya.




"Saya melihat situasi Hindraf berbeza dengan rusuhan kuil. Pihak polis sudah membuat persiapan yang rapi untuk bertindak tegas kepada mereka yang terlibat. Sebaliknya ketika rusuhan kuil, pihak polis datang dengan maklumat yang berbeza-beza. Malah, banyak provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di media sosial yang menyebabkan polis perlu berhati-hati menangkap sesiapa yang berkenaan, termasuk juga menggunakan kekerasan", tambah Shukri lagi.

Justeru itu, sebagai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan haru berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang dilihat cuba menjatuhkan imej dan integriti Polis DiRaja Malaysia yang pernah dipimpinnya dahulu.

Kita tidak mahu akhirnya Musa Hassan menjadi satu-satunya bekas Ketua Polis Negara yang dituduh menghasut rakyat selepas ini. #PDO

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Musa hasan bercerita tentang perkara dan setiap
Perkara itu mengikut pengalaman beliau sewaktu
Menjadi KPN. Ini adalah lontaran pandangan beliau
Bersahaja dan membina.
Setiap perkara itu berencana dan tragedy itu sesuatu
Yang tak diduga ini yang berlaku di kuil mahariaman
Tempiasnya pada kerajaan pemerintahan yang
Digembar gembur sebagai gagal.
Kerajaan ph ditekan dan dilihat menterinya sebagai
Punca dan harus dinyahkan dlm jawatanya kerana gagal.
Ini kerana menteri itu Mulut sedikit celungap.
Jika dipecat ianya seolah oleh resis..
Jalan yang terbaik beri ruang peluang sebagai menteri
Perpaduan belajar dari kesilapan untuk setengah pengal
Anda diperhatikan moorthy.
Be carefully

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]