Pahang Daily Onlie (PDO) Menzahirkan Sembah Tahniah, Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Ke-VI | Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

[VIDEO] Tsunami: Band Terkenal Seventeen Turut Jadi Mangsa


JAKARTA: Anggota band terkemuka Indonesia, Seventeen antara mangsa yang dihanyutkan ombak ketika kejadian tsunami melanda pantai di Selat Sunda dekat sini malam tadi.
Band yang dianggotai oleh Ifan (vokalis), Herman (gitar), Yudhi (gitar), Bani (gitar bass) dan Andi (drum) itu dihanyutkan ombak tsunami ketika mengadakan konsert di Pantai Tanjong Lesung, Banten, Indonesia.
Ifan yang terselamat berkata, isterinya, Dylan Sahara turut menjadi mangsa dan kini masih belum ditemui, manakala Bani bersama pengurus mereka, Oki dilaporkan terkorban.

“Minta doakan isteri saya, Dylan Sahara, Herman, Andi dan Ujang ditemui dalam keadaan selamat. Mohon doakan juga buat Bani dan Oki,” tulisnya dalam laman Instagram miliknya hari ini.  #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]