Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

YB ADUN Semenyih Meninggal Dunia Akibat Penyakit Jantung


SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd. Nor, 57 meninggal dunia di Hospital Kajang, awal pagi ini. 

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung pukul 4.45 pagi tadi. 


Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

"Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

"Takziah kepada keluarga Allahyarham  Bakhtiar. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Bakhtiar dari  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memenangi kerusi Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM). #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]