Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Empat Pegawai Kanan Termasuk CEO PAIP, Pahang Di Tahan !


KUALA LUMPUR - Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan tiga pegawai kanan di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta.

Keempat-empat suspek berusia antara 40 hingga 59 tahun itu ditahan dalam satu operasi besar-besaran yang dikenali 'Op Cuci' yang dilakukan SPRM.

Menurut sumber, selain mereka, lapan orang pemilik syarikat yang disyaki bersekongkol dengan pegawai-pegawai terbabit turut dipanggil untuk membantu siasatan.

Ujarnya, lapan syarikat kontraktor tersebut dikatakan telah memonopoli projek-projek bernilai RM50,000 yang ditawarkan oleh perbadanan tersebut.

"Kesemua kerja-kerja ini diberikan secara runding terus dan bagi kerja-kerja melebihi RM50,000.00 akan dibuat secara pecah kecil dan dibahagikan kepada dua fasa atau tiga fasa tanpa melalui proses sebut harga.

"Sehubungan itu, kesemua mereka akan direman di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang esok bagi siasatan lanjut ibawah seksyen 17(a), seksyen 18 dan seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Bin Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu dan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]