Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Jumaah Pangkuan Diraja Pahang Bermesyuarat Lebih Tiga Jam


KUALA LUMPUR - Laungan 'Daulat Tuanku' kedengaran selepas selesai mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang selama lebih  tiga jam yang dipengerusikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini hari ini,.

Mesyuarat tersebut di sebuah hotel di sini bermula jam 4 petang dan berakhir kira-kira pukul 7.30 malam.

Difahamkan mesyuarat tersebut bagi mendapatkan perkenan memasyhurkan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang.

Media sebelum ini melaporkan Sultan Ahmad Shah bakal menyerahkan takhta kepada anakandanya Tengku Abdullah yang telah menjadi Pemangku Raja Pahang sejak 28 Disember 2016.

Mesyuarat itu, yang dihadiri kerabat diraja Pahang, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan exco kerajaan negeri serta Orang Besar Berempat, diadakan selepas Majlis Pengurniaan Suratcara Pelantikan Setiausaha Kerjaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]