Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Lokman Adam Ditahan Oleh Pihak Polis Dibawah Akta Hasutan


KUALA LUMPUR - Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Seri Lokman Noor Adam dilaporkan ditahan pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan semalam.

Pemantau Malaysia Baharu melalui satu kenyataan semalam berkata, Lokman telah diminta hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sekitar pukul 2 petang untuk memberi keterangan berhubung satu video live bertajuk 'Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib' sebelum dimaklumkan bahawa beliau perlu ditahan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

"Beliau kemudiannya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar pukul 10 malam untuk bermalam di lokap IPD dan berkemungkinan akan dibebaskan esok (hari ini) sekitar pukul 9 pagi.

"Pemantau Malaysia Baharu berasa amat kesal dengan penahanan ini dan menganggap tiada keperluan untuk beliau bermalam di lokap IPD berkenaan kerana beliau telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan," ujar kenyataan tersebut.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan penahanan Lokman dan memberitahu beliau kini ditempatkan di lokap IPD Dang Wangi. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]