Pahang Daily Onlie (PDO) Menzahirkan Sembah Tahniah, Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Yang diPertuan Agong Ke-16 | Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Najib: Kemenangan BN Bakal Cipta Sejarah Buat Orang Asli !


CAMERON HIGHLANDS – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands kelak bakal mencipta satu sejarah bermakna buat masyarakat Orang Asli. 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak kebolehan yang ada pada pesara polis tersebut selain ketokohan dan latar belakangnya. 


“Calon BN kita ini akan muncul sebagai lambang kebanggaan di Cameron Highlands ini terutamanya masyarakat Orang Asli itu sendiri. 

“Beliau adalah calon tepat untuk kita ketengahkan ke Parlimen bagi mewakili suara masyarakat Cameron Highlands,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan lawatan tiga hari ke sekitar parlimen Cameron Highlands di Kampung Raja di sini hari ini bagi membantu kempen Ramli untuk memenangi PRK berkenaan. 

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, berdasarkan tinjauan dan reaksi orang awam yang dilakukannya, BN berpeluang cerah mempertahankan kerusi tersebut. 

“Kerajaan BN sebelum ini telah banyak membantu masyarakat di sini termasuk Orang Asli. 

“Saya menafikan dakwaan bahawa kerajaan BN sebelum ini meminggirkan mereka. Lihat sahajalah projek-projek pembangunan untuk mereka yang kita lakukan di sini termasuk penempatan Orang Asli Sungai Ruil,” katanya.  #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]