Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Guru Di Dakwa Lakukan Aksi Seks Terhadap Dua Pelajar Lelaki


ALOR GAJAH - Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelakinya sejak 2017.

Tertuduh, Ramzu Zahini Abdul Aziz, 41, membuatkan pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal kanak-kanak terhadap mangsa lelaki berumur 13 tahun 5 bulan dengan cara mencium mulut dan pipi pelajar terbabit.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, guru itu didakwa telah menyebabkan mangsa sama melihat rakaman video berunsur lucah dalam telefon bimbit dan didakwa mengikut Seksyen 15(E) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20, 000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap pelajar terbabit dan didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat. 

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh antara pukul 12.01 tengah malam sehingga 4 pagi di rumah warden asrama di sebuah sekolah menengah agama di sini pada 1 Januari 2019. 

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal kanak-kanak terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dengan cara memeluk badan mangsa dan melakukan perbuatan seksual kira-kira pukul 11.30 malam di tempat sama pada Februari 2017. 

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. 

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam manakala tertuduh diwakili Peguam Andrew Lourdes. 

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Ahmad Sazali membenarkan jaminan sebanyak RM15, 000 bagi pertuduhan pertama sehingga ketiga dan RM10, 000 bagi pertuduhan keempat. Beliau kemudian menetapkan tarikh 29 Mac depan untuk serahan laporan perubatan dan sebutan semula kes. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]