Pahang Daily Onlie (PDO) Menzahirkan Sembah Tahniah, Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Yang diPertuan Agong Ke-16 | Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Temui Selepas 11 Hari Di Pekan !


PEKAN - Luluh hati seroang ibu apabila melihat mayat anak perempuannya yang dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu dijumpai dalam keadaan ngeri berhampiran rumahnya di Kampung Tanjung Medang di sini semalam.

Zaleha Abdullah, 35, tidak menyangka kehilangan anak ketiganya daripada empat beradik, Siti Masitah Ibrahim, 11, berakhir dengan tragedi menyayat hati dipercayai dibunuh.

Mayat Siti Maisitah dijumpai oleh seorang pencari hasil hutan kira-kira pukul 4 petang di dalam semak tidak jauh dari rumahnya dengan keadaan tangannya terikat dan beberapa organ terpisah dari badan.

Zaleha berkata, dia terkejut apabila penduduk kampung memberitahu anaknya telah dijumpai namun telah meninggal dunia.

"Saya bersama ahli keluarga yang lain bergegas ke tempat kejadian dan terkejut apabila melihat jasad dia sebegitu rupa.

"Arwah keluar rumah pada 30 Januari untuk ke kedai berdekatan menunggang basikal warna merah jambu namun tidak pulang sehingga pukul 6.30 petang," katanya hari ini.

Difahamkan beberapa organ dalaman mangsa dilaporkan hilang dan kepala mangsa terpisah dari badan.

Menurutnya, dia telah membuat laporan polis pada hari yang sama mangsa hilang dan penduduk kampung turut mengadakan gerakan mencarinya namun tidak jumpa.

"Ada orang kampung nampak dia menaiki sebuah motosikal bersama seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum dia dilaporkan hilang," ujarnya.

Zaleha memberitahu, mayat anaknya telah diserahkan kepada pihak polis dan kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut. 

"Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan pesalah dihukum dengan setimpal sekiranya kematian Siti Maisitah ada kaitan dengan unsur jenayah," jelasnya. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas tanah dan pemeriksaan di kawasan sekeliling tidak menemukan sebarang senjata.

Katanya, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti dan dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat.

"Bedah siasat mayat akan dibuat pagi esok untuk mengenal pasti punca kematian. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat," katanya. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Kita wajar bersimpati dengan kejadian tersebut dan mengharapkan pihak berkuasa dapat membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Namun jangan kita lupa bahawa mereka bukan penduduk asal negara ini. Rakyat negeri Pahang sedia maklum, di sekitar Sg Miang. Pekan terutama di Perkampungan Cenderawasih terdapat ramai penduduk bukan melayu tetapi berwajah melayu yang berasal dari Kemboja dan kaum Rohingya memiliki Kad pengenalan biru, boleh saja kita melawat dan masuk ke kawasan itu, tapi jangan pelik sekiranya pergerakan kita akan diperhatikan sepanjang kita berada di kawasan tersebut. Harap dapat juga pihak berkuasa menyiasat, meneliti dan memeriksa semula kaedah yang digunakan oleh kerajaan terdahulu memberi kad pengenalan kepada penduduk terbabit sehingga melayakkan mereka menjadi pengundi di kawasan berkenaan. Kejadian ini juga sepatutnya membuka mata rakyat Malaysia, terdapat banyaknya kawasan2 di negara ini digunakan untuk menempatkan orang luar seperti di Pekan dan Langkawi, menjadikan warganegara dan memberi Kad Pengenalan biru bagi tujuan tertentu. Jika sesiapa pernah berada lama di bahagian pengeluaran kad pengenalan Jabatan Pendaftaran Negeri Pahang pasti terjumpa dengan satu kelompok manusia lelaki dan perempuan, muda dan tuan, yang perempuannya bertudung, wajah seperti melayu, berpakaian seperti melayu tetapi bercakap bukan dengan bahasa melayu. Terperasan pula ada orang tengah yang membawa mereka dan menguruskan segalan urusan pengeluaran mereka. Ini bukan tuduhan tapi ini yang pernah saya alami dan lihat. Rasanya, mereka bukan kaum orang asli sebab wajah, cara pergerakan, berpakaian dan percakapan mereka berbeza sekali dengan kaum orang asli.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]