Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

ADUN Ketari Bentong, YB Rara Sah Bercerai Talak Satu Hari Ini


KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman sah bercerai talak satu dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Lafaz cerai itu dibuat, Muhamad Masyhur Abdullah,32, selaku plaintif terhadap Young Syefura, 30, atau lebih dikenali dengan panggilan Rara sebagai defendan di hadapan Hakim Syarie Mohd. Saifullah Hamzah pukul 11.40 pagi.


Selepas mendengar lafaz cerai itu, Mohd. Saifullah kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Rara menjalani tempoh edah selama tiga bulan termasuk Muhamad Masyur perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.

Permohonan cerai tersebut dibuat Muhamad Masyur mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 1 Mac lalu.

Terdahulu sebelum melafazkan cerai, Muhamad Masyur menyatakan kepada mahkamah penceraian ini dibuat selepas tiada persefahaman antara kedua-dua belah pihak.

"Selain itu pelbagai usaha untuk menyelamatkan perkahwinan juga tidak berhasil," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]