Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Ramadan Al-Mubarak Kepada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

Guan Eng Nafi Khabar Angin Wang Kertas RM60 Ganti RM50 !


KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan khabar angin yang tular di media sosial bahawa wang kertas RM50 sedia ada akan digantikan dengan wang kertas peringatan RM60.

Wang kertas RM60 dikeluarkan pada 2017 oleh Bank Negara Malaysia untuk meraikan ulang tahun ke-60 pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.

Guan Eng memberi jaminan kepada orang ramai bahawa khabar angin itu adalah tidak berasas dan wang kertas RM50 boleh terus digunakan dengan yakin.

"Jadi, sila gunakannya dengan yakin. Sementara wang kertas RM60 adalah tender sah, saya nasihatkan anda untuk tidak gunakannya. Sebaliknya, simpan ia baik-baik kerana hanya terdapat 60,000 keping di luar sana," katanya semasa merasmikan pelancaran WeChat Pay di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada wang kertas RM60 tambahan akan dikeluarkan dan secara perbandingan, terdapat lebih  900 juta keping wang kertas RM50 beredar dalam ekonomi pada tahun lepas.  #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]