Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Kecoh PPR P.Pinang, Netizen 'Dedah' Bukti Penyewa Tak Layak !


Susulan kejadian kekecohan di Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis, baru-baru ini maka ramai pihak yang menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tambahan pula rata-rata yang dihalau itu majoritinya berbangsa Melayu. 

Dilaporkan kejadian berpunca apabila  pegawai penguatkuasaan Jabatan Perumahan Pulau Pinang bertindak mahu mengusir 22 penduduk rumah pangsa yang tidak layak. Beberapa keluarga enggan berpindah keluar, manakala aktivis hak Melayu kelihatan berada di kawasan sekitar rumah pangsa itu meminta penduduk supaya tidak mengosongkan kediaman mereka.

Kejadian itu dirakam Facebook Live oleh aktivis politik Muhsin Latheef, yang berada di situ untuk membela penduduk yang terjejas. Kumpulan itu kemudian menaikkan sepanduk dan mengadakan perhimpunan aman di luar kawasan rumah pangsa yang terletak di Jalan Burma. Perhimpunan itu bertujuan mengecam langkah kerajaan Pulau Pinang mengusir penduduk berkenaan.


Pihak polis yang hadir bersama pasukan penguatkuasaan kemudiannya menahan seorang warga asing yang mana isterinya seorang warga tempatan dan pasangan itu mempunyai lapan cahaya mata. Keluarga berkenaan telah tinggal di kediaman itu selama 14 tahun.

Kejadian yang berlaku ini benar-benar meruntun jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah ada yang mendakwa ianya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan jelas ada unsur perkauman. Namun, terkini ada pihak yang mendedahkan gambar-gambar salah seorang penyewa yang mendiami perumahan tersebut. 

Gambar-gambar berjaya diambil dari facebook penyewa terbabit sebelum sempat ia dipadamkan. Berita tentang penyewa terbabit yang bernama Khalidah Nazir Ahmad telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian selepas itu. 

Namun, sungguh mengejutkan ada netizen berjaya mendedahkan kehidupan penyewa terbabit yang semenangnya tidak layak mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebenarnya. 

Inilah bukti jelas kenapa kerajaan terpaksa menghalau penyewa yang tidak layak agaknya.  Mereka dapat rumah atas kapasiti lain dan selesa membayar sewa yang murah sedangkan mereka sebenarnya tidak layak. 


Facebook netizen yang mendedahkan bukti ini Ana Idris

Inilah senario yang berlaku di seluruh negara termasuk di Kuantan, Pahang. Banyak kes yang didedahkan sebelum ini tentang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Flat Pak Mahat yang didiami oleh penyewa tidak layak. Mereka bukan sahaja bergaji besar, suami isteri kerja kerajaan yang sememangnya tidak layak. Namun, entah bagaimana mereka boleh mendiami perumahan terbabit?.


PPR Flat Pak Mahat juga banyak kes pemyewa tak latyak

Perkara ini sudah beberapa  kali didedahkan, namun tidak ada tindakan drastik yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk mengusir penyewa terbabit sebenarnya. Malah, ada yang sudah memiliki rumah di sana sini, namun masih mendiami flat terbabit kerana selesa dengan bayaran yang murah. Rumah asal mereka disewakan kepada pihak lain untuk mendapat sedikit keuntungan. Inilah yang tidak wajar berlaku sebenarnya di dedpan mata kita. 

Apakah mereka yang tidak layak mendiami PPR seperti ini, bila diusir mereka mahu menagih simpati?. Inilah yang terjadi kepada kes yang berlaku di Pulau Pinang itu sebenarnya. Mereka yang bising ialah yang dapat rumah walau sepatutnya tidak layak. 

Kerajaan perlu menyiasat perkara ini, bukan sahaja di Pulau Pinang malahan di seluruh negara. Kenapa perlu dijadikan isu bila mereka yang tidak layak tetapi mendiami rumah murah dengan usaha yang mencurigakan. Kemudian mereka mengamuk sakan apabila diarahkan mengosongkan rumah terbabit. Sedangkan rumah itu perlu ditawarkan kepada mereka yang lebih layak sebenarnya.  #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]