Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Serangan Christchurch: Mohd. Haziq Masih Belum Di Temui !


KUALA LUMPUR - Remaja Malaysia, Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi, 17 yang dilaporkan hilang selepas insiden tembakan rambang di masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lepas masih belum ditemui.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang kini berada di sana berkata, usaha mengesan remaja itu sedang dilakukan oleh polis New Zealand berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ibunya.


''Ibu Mohd. Haziq kini ada bersama pihak polis untuk memberikan nama yang betul, gambar yang betul kerana memang ada mayat-mayat yang belum dikenal pasti, jadi mereka harus membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum ada apa-apa kenyataan daripada polis.

"Pada masa ini kami hanya berharap sesiapa yang ada maklumat mengenai Mohd haziq agar memanjangkannya kepada kami," kata Boon Poh ketika dihubungi  Bernama News Channel di sini hari ini.

Sementara itu, Boon Poh berkata, seorang lagi mangsa, Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang pula telah selesai menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan peluru daripada tubuhnya.

Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera iaitu Mohd. Tarmizi Shuib, 46  dari Kedah dan Mohd. Nazril Hisham Omar, 46, dari Kelantan juga sedang menerima rawatan di hospital sama.

Mohd. Haziq merupakan anak kepada Mohd. Tarmizi.

Setakat ini, pihak berkuasa New Zealand mengesahkan 50 maut dan 20 cedera dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.  #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]