Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Ramadan Al-Mubarak Kepoada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

Kerjaan Pahang Tak Pernah Pinggir Pembangunan Orang Asli !


KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang tidak pernah mewujudkan sebarang jurang perbezaan dalam soal pembangunan belia antara bandar dan luar bandar, termasuk dalam kalangan belia Orang Asli.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan kerajaan (NGO) Pahang Datuk Seri Mohd Johari Hussian berkata kesemua golongan belia diberi keutamaan, malah penyertaan belia daripada pelbagai kaum dan agama dalam setiap program yang dianjurkan amat dialu-alukan.

“Bagi membantu belia orang Asli bersaing dengan belia lain khasnya di bandar, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri Pahang telah menubuhkan satu unit khas iaitu Unit Kesenian, Kebudyaan Belia dan Sukan Orang Asli.

“Bagaimanapun JAKOA masih memerlukan bantuan daripada Jabatan Belia dan Sukan negeri agar membantu pihak mereka untuk memastikan belia Orang Asli tidak tercicir daripada arus perdana bersama masyarakat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab persidangan penggal kedua Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, sebagai menjawab pertanyaan Chiong Yoke Kong (DAP-Tanah Rata) yang bertanyakan tentang perancangan kerajaan dalam soal pembangunan belia luar bandar dan pendalaman negeri Pahang khususnya Cameron Highlands serta pendirian kerajaan tentang pembangunan belia masyarakat Orang Asli.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata kerajaan negeri dengan bantuan kerajaan pusat telah mula membangunkan Teluk Tokang sebagai satu lagi produk pelancongan terbaharu di Pahang.

Katanya pelbagai kemudahan asas seperti tandas, pondok rehat dan gerai disediakan di samping menaiktaraf kemudahan boardwalk untuk menghubungkan antara Teluk Tokang dan Teluk Chempedak.

“Buat masa ini kawasan itu telahpun beroperasi dan menerima pengunjung setiap hari dengan segala kemudahan asas yang disediakan sebelum ini, digunakan sepenuhnya,” katanya.

Mohd Sharkar berkata demikian sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) yang mahukan penjelasan oleh pihak kerajaan sama ada bercadang memajukan Teluk Tokang sebagai pusat pelancongan baharu di Kuantan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]