Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Peruntukkan RM80,000 Untuk Naik Taraf Pasar Nelayan Balok


KUANTAN - Sebanyak RM80,000 disalurkan kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk penambahbaikan dan menaik taraf Pasar Nelayan Balok di sini bagi menggalakkan lagi sosioekonomi sektor perikanan negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, peruntukan berkenaan merangkumi peningkatan kemudahan asas bagi menggalakkan lagi pendaratan ikan di pasar nelayan tersebut.

“Peningkatan kemudahan asas di pasar nelayan ini penting bagi melancarkan lagi aktiviti pendaratan dan perikanan seterusnya menjamin bekalan makanan dalam negara khususnya dalam sektor perikanan.



“Peningkatan kemudahan asas itu yang melibatkan kemudahan tempat letak kereta, meja pengasingan dan jualan ikan, troli dan kerja-kerja pendawaian seterusnya bakal memberi faedah kepada 10 peniaga dan hampir 300 pengguna pasar nelayan di sini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan di Pasar Nelayan Balok di sini hari ini.

Salahuddin berkata, kerajaan komited untuk menubuhkan lebih banyak pasar nelayan di seluruh negara bagi memendekkan rantaian seterusnya mampu menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna.

“Usaha ini pada masa yang sama memberi peluang kepada nelayan memasarkan terus hasil perikanan kepada pengguna,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]