Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Ramadan Al-Mubarak Kepada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

Pihak Berkuasa China Sedia Bantu Malaysia Kesan Jho Low !


KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa China bersedia memulakan pencarian bagi mengesan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang kini menjadi buruan, sekiranya menerima maklumat baharu mengenainya, kata Duta China ke Malaysia, Bai Tian.

Beliau berkata, beberapa usaha mencari atas permintaan Malaysia selepas kerajaan baharu mengambil alih pemerintahan, menemui jalan buntu.

“Saya tidak tahu sama ada Jho Low berada di China. Polis China telah memberikan tumpuan penuh terhadap permintaan itu.

“Berdasarkan maklumat diberikan pihak Malaysia, kami telah menjalankan pencarian yang teliti dan terperinci, tetapi maaf kerana tiada sebarang petunjuk baharu ditemui setakat ini,” katanya kepada media Malaysia di Kedutaan China di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak China sudah memaklumkan perkara itu kepada polis Malaysia.

Bai Tian berkata, China dan Malaysia, termasuk pihak berkuasa undang-undang, bekerjasama rapat dan mempunyai hubungan yang baik.

Jho Low, yang dikenal pasti oleh penyiasat dari Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai suspek utama dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai bilion ringgit, dipercayai berjaya meloloskan diri daripada ditahan di Hong Kong dan lari ke sebuah pulau berhampiran Macau. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]