Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Seorang Rakyat Malaysia Maut Akibat Gempa Bumi Di Taiwan


PUTRAJAYA - Selepas bertarung nyawa selama sembilan hari, seorang rakyat Malaysia yang cedera sewaktu runtuhan batu ketika melancong Taroko Gorge National Park, Taiwan 18 April lalu disahkan meninggal dunia lewat malam tadi.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mangsa, Choo Yip Chean, 44, menerima rawatan intensif selepas gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter yang berlaku di Hualien sebelum meninggal dunia.

Jelasnya, beliau sudah bertemu dengan keluarga Yip Chean untuk menzahirkan simpati dan ucapan takziah atas kehilangan mangsa.

“Kementerian Luar melalui Pusat Dagangan dan Persahabatan Malaysia di Taipei ketika ini sedang membantu keluarga mendiang mengenai prosedur diperlukan mereka.

“Doa dan ingatan kepada keluarga dan rakan mendiang dalam mengharungi waktu sukar ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kementerian juga berharap pihak media dan orang awam dapat bekerjasama menghormati perasaan keluarga mendiang.

Sebelum ini, Kementerian Luar mengesahkan seorang pelancong rakyat Malaysia cedera berikutan gempa bumi berskala 6.1 dan 4.1 Richter yang melanda wilayah Hualien, Taiwan, masing-masing pada pukul 1.01 dan 1.17 tengah hari waktu tempatan.

Mangsa dilaporkan cedera akibat runtuhan batu ketika melawat Taroko Gorge National Park dan menerima rawatan di Hospital Hualien Tzu Chi.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, gempa bumi yang berlaku di Timur Taiwan tengah telah mencederakan dua orang termasuk seorang pelancong lelaki dari Malaysia. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]