Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Ramadan Al-Mubarak Kepada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

SPRM Di Gesa Siasat Pegawai Kerajaan Salah Guna Kuasa !


KUANTAN - Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi menyiasat seorang pegawai tinggi kerajaan yang dipercayai terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah berhubung pembalakan di negeri ini.

Timbalan Pengerusi pertubuhan itu, Mohd Nor Hafirul Ikhram Abd Hair,35, berkata, laporan tersebut dibuat selepas melihat pendedahan yang tular menerusi artikel dari sebuah blog membabitkan rasuah balak membabitkan pegawai terbabit dari Jabatan Perhutanan Negeri, tiga hari lalu.

Menurutnya, blog itu mendakwa pegawai berkenaan telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam menerima rasuah pasukan pelobi.

"Blog itu juga menyatakan pegawai tinggi kerajaan itu mengambil rasuah daripada pelobi kontraktor pembalakan untuk melindungi aktiviti rangkaian pembalakan haram dan monopoli konsesi balak.

"Laporan blog itu juga mendakwa pegawai terbabit juga didakwa mengamalkan cara hidup mewah dan memiliki harta di luar kemampuan gaji penjawat awam biasa hasil dari aktiviti haram.

"Jadi, kami minta SPRM menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dilakukan pegawai tinggi kerajaan itu," katanya ketika ditemui  di lobi SPRM, hari ini.

Turut hadir, pengerusi pertubuhan itu, Haslihelmy Zulhasli dan ahlinya.

Mohd Nor Hafirul Ikhram berkata, kebaikan rakyat dan menyekat kroni, laporan ini dibuat bagi membolehkan SPRM memulakan siasatan.


Jelasnya, ini bagi menyelamatkan keadaan dan memecahkan spekulasi dan menghindari persepsi negatif rakyat di negeri ini terhadap pegawai kanan terbabit.

“Jika dakwaan itu tidak berasas, pegawai berkenaan harus serah diri kepada SPRM untuk diambil kenyataan dan menyangkal tuduhan ini.

"Beliau (pegawai berkenaan) boleh juga bertindak menyaman penulis blog itu demi menjaga integriti serta imej jabatan perhutanan itu sendiri yang dikaitkan,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]