Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Ramadan Al-Mubarak Kepada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

Tanggungjawab Kepada Institusi Beraja Untuk Semak, Imbang


PEKAN - Institusi beraja boleh melaksanakan tanggungjawab 'semak dan imbang' untuk menangani situasi semasa dalam keadaan masyarakat yang terbuka pada masa ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah, fungsi itu adalah tuntutan semasa dan wajar dalam memelihara dan memupuk tradisi.

Sebagai contoh, baginda merujuk kepada isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom yang dilihat mampu menggugat kedaulatan negara.


"Jadi di sinilah letaknya keperluan fleksibiliti dalam usaha melaksanakan sesuatu dasar dan penentuan tindakan," titah baginda semasa berucap merasmikan Kolokium Diraja 'Daulat Tuanku' di Muzium Abu Bakar di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga Pengerusi Perbadanan Muzium Pahang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]