Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang DUN Pahang


KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14.

Ketibaan baginda di Wisma Sri Pahang pada jam 9.40 pagi disambut Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ia diikuti dengan Nyanyian lagu Allah Selamatkan Sultan Kami oleh pasukan Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia di bawah pimpinan Mejar Mohd Salleh Wahab.

Baginda kemudian memeriksa pasukan Pasukan Kawalan Kehormatan Utama Tentera Udara Diraja Malaysia yang terdiri daripada empat pegawai dan 148 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejar Mohd Shukri Md Zainon.


Tengku Hassanal kemudian masuk ke DUN untuk menyampaikan Titah Diraja Pembukaan Penggal Kedua DUN Pahang Ke-14.

Ini merupakan kali pertama Tengku Hassanal merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Persidangan DUN Pahang selepas dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 29 Jan lalu selepas ayahanda baginda Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasyhurkan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]