Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Ramadan Al-Mubarak Kepada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis IPD Pekan Di Tahan SPRM !


KUANTAN - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama enam anggota polis berpangkat lans koperal dan koperal dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd Ghani berkata kesemua mereka yang berumur 28 hingga 53 tahun ditahan di Pejabat SPRM Pahang pada 10 hingga 10.45 malam semalam selepas dipanggil memberi keterangan kerana disyaki bersubahat menerima suapan RM6,500.

“Kami percaya kesemua terlibat bersubahat menerima wang suapan sebanyak RM6,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, semua mereka direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, SPRM Pahang masih mengesan beberapa lagi individu dipercayai terbabit dengan kes berkenaan.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, ketika ditemui di IPD Rompin mengesahkan tangkapan yang dilakukan terhadap pegawai dan anggotanya itu.

“Saya sahkan tangkapan dilakukan SPRM. Saya tidak boleh ulas panjang, namun kami akan berikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya  #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]