Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Aidl Fitri Kepada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

Tun Dr. Mahathir: Hanya Rakyat Boleh Tukar Perdana Menteri !


BEIJING - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hanya rakyat boleh menukar seorang Perdana Menteri.

"Dulu kita ingat pada suatu masa dahulu, ada TMJ (Tunku Mahkota Johor) yang telah ditukar, dululah, bagi kepada adik TMJ itu.

"Jadi TMJ boleh ditukar, Perdana Menteri cuma rakyat sahaja yang boleh tukar," katanya pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia selepas mengakhiri  lawatan kerja lima hari di China bagi menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian  ketika menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rakaman klip video yang tular di media sosial baru-baru ini yang didakwa berkata, lebih baik menukar perdana menteri daripada menukar jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bejamin Mora.

Pemimpin berusia 94 tahun itu juga berkata: "Kalau dia boleh undi, undilah bagi saya jatuh". #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]