Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Aidl Fitri Kepada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

Dua Beradik Di Reman Gara-Gara Memukul Bapa Hingga Mati !


IPOH – Gara-gara tidak diberikan wang, dua beradik tergamak memukul bapa kandungnya sendiri sehingga menyebabkan kematian lelaki itu dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bercham Sinar di sini petang kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7 petang itu, mangsa, R. Pardeep Kumar, 56, pengsan di rumahnya sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan lanjut.

Lelaki tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mazuki Mat berkata, mangsa yang dibawa ke hospital menggunakan ambulans itu pada awalnya ditempatkan di Zon Merah untuk rawatan kecemasan.

“Doktor yang merawat mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa yang berpunca daripada hentakan.

“Seorang daripada anak mangsa kemudiannya membuat satu laporan polis dan mengesyaki bapanya itu telah dipukul oleh dua adik lelakinya yang berusia 20 dan 21 tahun sehingga pengsan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah Mazuki, berdasarkan temubual dengan lelaki berusia 34 tahun itu, dua adiknya itu dipercayai memukul bapa mereka kerana harta.

“Ini kerana mangsa pernah mengadu bahawa kedua-dua suspek itu sering memukul dan mencuri wang simpanannya sebelum ini.

“Tiada saksi yang melihat kejadian tersebut dan mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama dua suspek berkenaan,” katanya.

Katanya, dua suspek itu kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]