Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Aidl Fitri Kepada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

Facebook Di Sekat Gara-Gara Siarkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus


KUANTAN - Gara-gara akaun Facebooknya disekat (block), Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli tampil meluahkan kekesalannya. Tambah menegecewakan beliau, tindakan tersebut dibuat oleh Facebook atas laporan daripada admin pages Ustaz Azhar Idrus Official. 

Menurut Shukri, semua itu kerana beliau menyiarkan sedutan rakaman program "Soal Jawab Ramadan Bersama Ustaz Azhar Idrus" untuk slot Kuliah Ramadan di Radio Internet CMK FM baru-baru ini. (Soal Jawab Ramadhan - Ustaz Azhar Idrus Official)


Akaun Facebook beliau kini langsung tidak boleh diakses dan sudah tiada dalam carian di Facebook. Ini bermakna akaunya sudah dihapuskan sepenuhnya dari laman media sosial tersebut.

"Saya terharu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Niat untuk sebarkan agama Islam kepada para pendengar CMK FM akhirnya menyebabkan akaun asal Pages CMK FM itu sendiri pun sudah tidak boleh diakses lagi. Malah, akaun page NGO Angkatan Pembela Rakyat (Official) juga turut menjadi mangsa", katanya.


Beliau kini kehilangan 5,000 rakan dan 8,000 follower di Facebook peribadinya. "Semua sahabat dari dulu hingga sekarang sudah tiada lagi. Akaun saya telah dikenakan tindakan oleh Facebook Management Team gara-gara menyiarkan program agama Ustaz Azhar Idrus", tegasnya.

Sementara itu difahamkan pihak UAI Official tidak membenarkan mana-mana pihak menyiarkan semual video mereka atas nama "hak cipta".  Berdasarkan kepada aduan yang dibuat kepada pihak Facebook, membuktikan mereka serius tentang hal ini.

Namun, bagi Shukri apa yang disebarkan itu ialah dakwah dan dia tidak boleh share link dari page terbabit kerana ia segmen live streaming.




"Sebab itu kami siarkan Youtube program UAI di UPM untuk tontonan pendengar. Tambahan pula kami merasakan ia adalah ilmu agama dan dakwah. Maka menyebarkannya bermakna memanjangkan pahala di bulan Ramadan Al-Mubarak. Tapi, lain pula jadinya" tambah Shukri.



Beliau turut mendakwa diarahkan menhentikan siaran Live FB ketika program Uasta Azhar Idrus di Masjid Tepian Putra dekat sini malam tadi. 

"Saya membuat live FB untuk follower CMK FM, bukan semua mereka like atau follow page UAI Official. Lagi pun saya merasakan ia bukan siaran live DJ dan tidak ada akta atau pengumman yang dibuat oleh pihak penganjur yang tidak membenarkan rakaman dibuat", katanya. 

Malah dakwa Shukri, mereka sepatutnya menghubungi beliau terlebih dahulu kerana ada dikalangan mereka mengenalinya di Kuantan. Namun, tindakan drastik yang dilakukan jelas sekali amat mengecewakan.

"Atas apa jua alasan, saya tidak boleh terima semua ini. Kami bukan siarkan ceramah fitnah atau politik. Tetapi panjangkan ilmu agama UAI. Sepatutnya pihak yang terlibat bersyukur kerana pahala mereka berpanjangan dengan penyiaran ini. UAI buknalah artis syarikat rakaman hingga perlu merujuk terus kepada Facebook untuk sekat akaun saya". katanya lagi selepas menyiarkan rakaman kenyataannya di FB CMK FM malam tadi.

#PDO
PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]