Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Jabatan Amal Sahkan Penahanan, Asri Janganlah Dahului Polis


PETALING JAYA: Jabatan Amal Malaysia hari ini mengesahkan seorang pemimpinnya ditahan reman untuk membantu siasatan polis dalam kes khianat membakar kenderaan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin.

Ketua Pengarah Mohd Nazree Mohd Aris berkata Amirul Jufri Mat Saman, pengarah Jabatan Amal Malaysia Perlis, bukan suspek utama kejadian 22 Mei itu.

“Jadi biarlah polis siasat dulu,” katanya.

Nazree dihubungi selepas seorang pentadbir laman Facebook Asri hari ini mempersoal peranan Unit Amal PAS selepas pendedahan penglibatan individu yang mempunyai kedudukan penting dalam parti Islam itu dalam kes tersebut.

Tulisan pegawai Asri tersebut sudah diturunkan sekitar 5.30 petang tadi.

Nazree membidas tulisan tersebut, menganggap pihak mufti mungkin sudah melanggar siasatan polis.

“Ketua polis negara pun sudah komen, jangan mendahului polis,” katanya.

Nazree mengingatkan Asri bahawa dia pihak berkepentingan dalam kes itu. Beliau menambah suspek utama masih bebas.

“Berdasarkan kenyataan polis sebelum ini, hanya ada 2 suspek utama sahaja. Jadi saya pun pelik macam mana boleh tahan anggota saya (Amirul)? Mungkin ada arahan tertentu untuk tahan orang saya?”

Nazree menafikan 2 suspek utama kes itu anggota Unit Amal PAS. Beliau menambah gambar orang yang dimuatnaik di Facebook Asri, sebelum ia diturunkan, bukan suspek utama dalam kes khianat itu.

“Mereka bukan anggota saya. Gambar di Facebook Asri itu juga bukan gambar 2 suspek utama,” katanya.

Polis sebelum ini berkata seorang penganggur berusia 36 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Jelempok di Arau, Perlis berhubung perbuatan membakar kereta Asri.

Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohamad berkata suspek mengaku diupah RM500 oleh seorang individu untuk melakukan perbuatan khianat itu bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas, yang dikenali sebagai “Mie Tomoi”.

Selepas penangkapan itu, tersebar wajah individu yang didakwa mengupah suspek di akaun media sosial, yang mengaitkannya dengan PAS.

Menurut Facebook “Tuan Rezzal YB”, suspek dikenali sebagai Azimar didakwa diupah oleh seorang individu yang dikenali sebagai Ahmad Muzaini Mydin. #sumber
PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]