Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Aidl Fitri Kepada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

Kes Siti Kharina: Polis Selesai Siasatan, Tunggu Pendakwaan !


SEPANG - Polis sudah menyelesaikan siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, dan merujuk kepada pendakwa raya untuk memulakan pendakwaan terhadap seorang daripada tiga individu yang ditahan.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata polis menyerahkan kepada pihak pendakwa raya bagi menentukan masa untuk mendakwa suspek.

“Daripada tiga, kita akan dakwa seorang sahaja secepat mungkin. Yang lain akan jadi saksi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Surau Al-Medina Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, berhubung perkembangan kes pembunuhan itu.

“Masih ada reman lagi, kalau DPP (Timbalan Pendakwa Raya) kata boleh dakwa esok, kita dakwa esoklah. Kalau tidak Isnin,” katanya lagi.

Ditanya mengenai motif pembunuhan itu, Noor Azam berkata suspek yang ditahan masih enggan mendedahkannya tetapi polis sudah memperolehi 'bukti nyata' berkaitan kes berkenaan.

Hari ini, Mahkamah Majistret Sepang memerintahkan tempoh tahanan reman seorang lelaki warga Nigeria disambung tujuh hari berkuatkuasa esok hingga 30 Mei bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Kharina. Sebelum ini, warga Nigeria berusia 36 tahun itu direman seminggu bermula 17 Mei.

Selain lelaki Nigeria berkenaan, turut ditahan susulan penemuan mayat Siti Kharina ialah seorang wanita warga Nigeria dan seorang lelaki warga Pakistan.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata berkata tempoh reman wanita Nigeria dan lelaki Pakistan disambung tujuh hari mulai hari ini hingga 29 Mei.

Siti Kharina, 40, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas dan misteri kehilangannya terungkai apabila mayatnya ditemui pemilik kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala pada 15 Mei. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]