Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Aidl Fitri Kepada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

Ketua UMNO Tebrau Selar Hasrat Zahid Hamidi Untuk Kembali !


JOHOR BAHRU - Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang menyelar tindakan penyokong Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berhasrat membawa balik beliau daripada ‘bercuti’ dan mengambil semula tugas sebagai Presiden UMNO.

Maulizan berkata, bayangan atau ‘gerakan’ ke arah itu juga telah dinyatakan sendiri oleh Zahid dalam rencana beliau yang tulis dalam akhbar  baru-baru ini.

Katanya, tindakan Zahid dan penyokongnya bukan sesuatu yang baik untuk UMNO bangkit dan bergerak ke hadapan ketika masih ada golongan beranggapan parti belum benar-benar berubah kerana masih mendokong pemimpin yang dituduh dengan pelbagai tuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

“Perlu diingat bahawa antara sebab berlaku desakan untuk Zahid bercuti adalah disebabkan tiadanya hala tuju jelas semasa beliau menjadi presiden UMNO sehingga berlaku kes lompat parti oleh sebahagian Ahli Parlimen dan ketua ketua bahagian.

“Malah UMNO juga dijangka akan terus lemah jika beliau tidak berhenti atau bercuti pada ketika itu. UMNO dilihat stabil dan mula mendapat kembali keyakinan masyarakat khususnya orang Melayu di bawah kepimpinan Tok Mat Hassan yang dilihat lebih diyakini dan bersih di mata masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Maulizan, UMNO sedikit sebanyak berjaya menarik sokongan golongan berpendapatan rendah (B40) terutamanya masyarakat Melayu yang terkesan dengan masalah ekonomi seperti kejatuhan harga komoditi utama dan pengurangan subsidi serta bantuan kepada rakyat.

Ujarnya, UMNO juga perlu mengambil hati golongan pertengahan, profesional dan atasan yang bukan hanya melihat soal tersebut sebaliknya mahukan pemimpin parti yang mempunyai persepsi positif di mata mereka seperti latar belakang meyakinkan, sejarah kepimpinan yang tidak terlalu dilihat mengamalkan kronisme, tidak dilihat mengamalkan politik wang dan sebagainya.

“Sikap acah-acah Zahid ini tidak memberi keuntungan kepada UMNO, memang benar Zahid dipilih secara demokrasi tetapi apa yang berlaku selepas pemilihan tidak membolehkan beliau terus menjadi pemimpin UMNO yang berkesan. UMNO sepatutnya harus terus diberi nafas baharu dan Zahid bukanlah orangnya.

“Lepaskanlah UMNO ini kepada pemimpin yang ada dan tak perlulah lagi acah-acah untuk kembali. Jika selesai kes beliau dan beliau dibersihkan, tiada siapa yang boleh melarang beliau sekali lagi untuk menawarkan diri bertanding apa juga jawatan dalam parti,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]