Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Peminat Westlife Tegar Kecewa Ditipu Pembelian Tiket Konsert


KUANTAN - Hasrat peminat tegar kumpulan terkenal Westlife untuk menyaksikan konsert kumpulan itu di Shah Alam, Selangor pada bulan Ogos hadapan, tidak kesampaian apabila 'tiket' yang dibelinya di laman sosial sebenarnya tidak wujud. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd Yusuf berkata, seorang wanita berusia 35 tahun mendakwa ditawarkan tiket berkenaan oleh suspek wanita yang menghubunginya menerusi kiriman pesanan di Facebook Khamis lepas.

Beliau berkata, wanita itu ditawarkan tiket zon kuning berharga RM487 yang dibayar menerusi transaksi pemindahan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek, pada pukul 4.20 petang hari yang sama. 

"Suspek kemudian menghubungi wanita itu untuk memberi nombor pengesahan syarikat penghantaran dan memaklumkan dia perlu membuat bayaran tambahan kerana tiket yang dihantar adalah dua," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohd. Wazir berkata, wanita itu mendakwa jumlah kerugian yang dialaminya ialah RM947. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]