Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Macau Scam, Pekebun Rugi RM290,000 Di Tipu Dek Tuan Yong


KUANTAN - Takut dikenakan tindakan undang-undang kerana dikatakan terlibat kes dadah, seorang pekebun di Cameron Highlands kerugian RM290,606 selepas dipercaya sindiket Macau Scam baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 54 tahun itu dihubungi lelaki menyamar pekerja sebuah syarikat penghantaran barang pada 9 pagi 22 April lalu.

"Suspek memaklumkan terdapat bungkusan atas nama mangsa yang akan dikirim ke Sarawak telah dikesan mengandungi dadah dan kes itu sedang disiasat polis.

"Talian telefon disambungkan kepada seorang lagi suspek yang menyamar polis dan memperkenalkan diri sebagai Sarjan Chew," katanya melalui kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, mangsa sekali lagi dihubungi suspek lain yang memperkenalkan diri sebagai Tuan Yong dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 26 April lalu.

"Tuan Yong mengarahkan mangsa memindahkan wang kepada akaun milik individu tidak dikenali melalui enam transaksi berjumlah RM290,606.80," tambah beliau.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands sejurus menyedari tertipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]