Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Salam Aidl Fitri Kepada Semua Pembaca Yang Beragama Islam

Usahawan Wanita 'Lahir' Guna Konsep Bina Niaga Tanpa Modal


KUANTAN - Wanita dengan dunia perniagaan pada hari ini tidak dapat dipisahkan dan pelbagai inisiatif dilancarkan bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan golongan berkenaan.

Presiden Pertubuhan Wanita Anggun Malaysia (Anggun), Datin Faridah Ahmad menggesa usahawan wanita merebut peluang yang ditawarkan dan menggunakan bakat serta kebolehupayaan bagi memulakan perniagaan.


“Anggun menyediakan platform untuk wanita bernaung, antara langkah awal bagi usahawan daripada golongan hawa membina perniagaan tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal.

“Mereka hanya perlu berdaftar menjadi ahli Anggun untuk mendapatkan jenis produk dan perkhidmatan berasaskan wanita yang mereka suka untuk memulakan niaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Faridah berkata, beberapa pengasas produk bersetuju bekerjasama membantu ahli Anggun dengan membekalkan barangan untuk dijual tanpa perlu mengeluarkan modal.

“Setiap mereka yang menjual barangan akan mendapat komisen secara langsung. Matlamat kita adalah membantu meningkatkan taraf hidup ahli dan membangunkan usahawan wanita.


“Aspirasi usahawan wanita ialah dirinya sendiri kerana setiap wanita itu ialah wanita hebat. Hebat untuk mengubah masa depan dan melihat perniagaannya berjaya dan diterima masyarakat,” ujarnya.

Daftar pra-keahlian Anggun di https://borangahliwanitanggun.blogspot.com/ #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]