Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: Polis Bebas Haziq, Siapa Lelaki Misteri 'Bertopi Merah' ?


Kontroversi video seks yang melibatkan Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku sebagai lelaki di dalam video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali kini semakin panas apabila melihat kelibat lelaki "bertopi merah". 
Beliau dilihat bersama Haziq ketika dibebaskan dengan jaminan polis  di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang semalam. Siapakah lelaki tersebut? Apa kaitannya dengan Haziq?. Malah kelibatnya juga dilihat begitu rapat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada apa yang didedahkan oleh Badrul Hisham Shahrim (Che GuBard) di laman sembang sosial Facebook beliau malam tadi.
Ikuti kenyataan Chegu Bard dalam posting beliau tentang isu ini:-
Haziq ditahan hanya untuk diambil kenyataan di airport ketika nak terbang ke Filipina… siapa bayar dan sediakan “safe house” dia di Filipina ? 
 
Selepas diambil kenyataan dia dibebaskan. Ketika keluar balai selepas dilepaskan cuma lihat gambar lelaki bertopi merah dibelakang dia… 
 
Seorang lelaki yang memang aktif dalam PKR …… motif video mula makin jelas…. jadi bila diteliti Haziq bertanding setelah dapat kebenaran khas ibu pejabat walaupun tempoh keanggotaan tidak cukup setahun, penyebaran video pula tersusun berdasarkan database parti. 
 
Siapa yang boleh akses database ? Siapa pula ‘push’ supaya Haziq dilantik ke pejabat Timbalan Menteri… 
 
Teliti pula kenapa Haziq yang sudah mengaku terlibat jenayah tidak dikenakan tindakan disiplin oleh parti ?
Berdasarkan kepada kenyataan Che GuBard, sudah pasti adengan yang lebih mengejutkan pasti akan berlaku selepas ini. Apakah pembongkaran video lucah ini ada kaitan dengan persaingan jawatan Perdana Menteri antara Anwar dan Azmin?. 

Inilah yang menjadi topik perbualan hangat sekarang ini. Apapun, ia sekadar pandangan peribadi dan tidak ada kaitan dengan situasi terkini. 

Che GuBard mempunyai pandangan tersendiri yang sukar untuk dibaca oleh mana-mana pihak. Namun, terkadang apa yang dinyatakan itu mungkin juga ada kesangsiannya. Kenapa lelaki bertopeng merah yang dilihat rapat dengan Anwar tiba-tiba berada di IPD Dang wangi untuk menyambut pembebasan Haziq.

Malah, lebih mengejutkan kedua-dua peguam Haziq juga tidak tahu mana arah tuju anak guamannya selepas ini. Malah beliau mendakwa polis setakat ini tidak menghalang Haziq untuk ke luar negara selepas dia memberikan kerjasama penuh untuk membantu siasatan.

Sama-sama kita nantikan adengan panas berikutnya dalam kes ini. #PDO

Sumber: FB  Che GuBard

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]