Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Video Lucah: Polis Boleh Panggil Siapa Saja Termasuk Dari PKR


SHAH ALAM - Polis tidak menolak kemungkinan memanggil mana-mana individu terlibat termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membantu siasatan berhubung video seks sejenis dikaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed. Azmin Ali.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, ini bagi memastikan siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti dalang penyebaran video itu.

Katanya, tiada jangka masa ditetapkan untuk siasatan kes tersebut.

“Kita juga tidak menetapkan jangkaan masa dalam mengesahkan ketulenan video seks itu.

“Biar kita halusi siasatan yang ada dan sebagainya dan kita akan menyiapkan kertas siasatan secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini siasatan video seks dikaitkan Mohamed Azmin dan ahli PKR, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Mazlan mengesahkan pihaknya telah merakamkan keterangan daripada Mohamed Azmin semalam namun tidak boleh mendedahkannya.

“Mana boleh cakap apa-apa kenyataan diambil termasuk dari Mohamed Azmin.

“Sekiranya, maklumat tambahan diperlukan kita akan panggil balik beliau,” katanya. 

Ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu, Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim bahawa polis telah memaklumkan dalang tersebut kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mazlan menegaskan supaya bertanya Rais sendiri.

“Saya sudah beritahu tidak mahu dedahkan sesiapa dan masih dalam siasatan. Siapa yang disiasat tidak akan didedahkan,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin dalam satu majlis di Dewan Jubli Perak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini menegaskan yakin bahawa penularan video itu dilakukan adalah perbuatan orang dalam PKR.

Kosmo! hari ini melaporkan Polis menerima sebanyak 17 laporan dan merekodkan 21 kenyataan berhubung kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri baru-baru ini. #sumber

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Video sex seduction ini memalukan Malaysia buat sekian kalinya video ini juga mencerminkan watak watak politics melayu video ini juga melangar etika rukun rukun negara video ini juga memperlekeh Islam sebagai agama rasmi video ini juga mengangu kehormonian kaum yg menjadi amalan teloran jadi sampai bila harus begini sampai bila video ini menerjah pemikiran pemikiran songsang.Dulunya membudayakan aliran songsang dan bengkok

Anonymous said...

Video ini Mengambarkan 2 individu berlainan karenah watak saekor berada dlm keadaan dalusi dan saekor berada dlm keadaan sadar,sadar dimana posisi camera lalu melakukan kelakuan itu.

Anonymous said...

Isteri tempatnya disisi suami sebagai peneman malam menjaga aib masing masing juga dari fitnah fitnah pabila ia melakukan fitnahnya back to basics dimana kalian diijab Kabul dan janji ikral perkahwinan itu.. Doa tidurpun sering lupa tidurpun ada pemanduan berhikmah

Anonymous said...

Tiada time frame tempoh siasatan? Alamatnya akan jadi macam kes jam omega la... tiada ending?

Anonymous said...

Seekor tahu posisi kamera, seekor dalam keadaan DALUSI? Maklumlah ianya kerja seorang "peguam" lulusan UM, sangat profesional. Banyak cerita2 suspen dalam video ni, ishh..ashh..., buat suspen aje!

Anonymous said...

Untuk menghantar video sex songsang seorang mirip menteri untuk dianalisa di Amerika Syarikat memerlukan sejumlah wang yang banyak. Adalah tidak adil bilamana ada secretariat yang ingin mengumpul dana awam kerana sejak setahun lalu rakyat kini menjadi lebih miskin dan berdepan dengan kos sara hidup yang melonjak naik. Disarankan pihak secretariat menggunakan wang Tabung Pakatan Harapan kerana isu ini lebih kepada masalah dalaman Malaysia Baharu liwat meliwati dan tiada kena mengena dengan rakyat...

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]