Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Dua Kanak-Kanak Maut, Empat Rumah Terbakar Di Kuantan !


KUANTAN: Tiga termasuk 2 kanak-kanak maut dipercayai akibat terperangkap dalam kebakaran melibatkan 4 buah rumah di Kampung Sungai Isap, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad berkata mangsa yang maut ialah wanita dewasa berusia dalam lingkungan 30-an dan kanak-kanak berusia 10 dan 7 tahun.



Mangsa dikenali Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, dan Muhamamd Adam Daniel, 7.



“Ketika kejadian terdapat lapan mangsa di rumah itu. Lima mangsa berjaya keluar sementara tiga yang lain tidak dapat diselamatkan.



“Empat mangsa turut cedera dipercayai terkena sambaran api ketika cuba menyelamatkan ahli keluarga mereka.

“Kita percaya kebakaran bermula dari bahagian tengah rumah sebelum merebak ke kawasan lain,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.



Pihaknya menerima panggilan pada 7.57 pagi dan tiba 10 minit kemudian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati empat rumah turut terbakar dengan dua daripadanya hangus.


“Seramai 17 anggota dengan dua jentera tiba ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran... api berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian,” katanya.



Difahamkan empat mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan keterangan mereka akan diambil bagi membantu siasatan.

“Semua mangsa ditemui di sebuah rumah yang musnah 100% dan mereka dipercayai terperangkap ,” katanya kepada pemberita, hari ini.  #sumber

Sumber video: RBONEWS & INFO KEMALANGAN



0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]