Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

NGO Harap Negara Makin Maju Bawah Pemerintahan Mahathir


KUANTAN - Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) dan Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) berharap negara akan terus maju di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Presiden PAKP, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, pertububan bukan kerajaan (NGO) itu mendoakan Dr. Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-94 tahun semalam diberikan kesihatan yang baik untuk mentadbir negara tercinta ini.

"PAKP berharap Tun Mahathir akan terus dapat memimpin negara ini dengan baik seterusnya menjadi sebuah negara maju," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Peka, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir turut mendoakan Dr. Mahathir supaya terus diberikan kesihatan yang baik untuk menerajui kepimpinan negara ini.

"Selamat ulang tahun kelahiran Tun yang ke-94 tahun," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]