Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Wanita Maut Lereta Di Pandu Kakak Di Timpa Pokok Di Jerantut


KUANTAN - Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Viva dipandu kakaknya ditimpa pokok semasa melalui jalan Kampung Lata Kasah, Jerantut dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan berkata kejadian dipercayai berlaku antara 8.50 malam hingga 10.50 malam dan mangsa Farah Liana Safri, 27, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, insiden di depan masjid kampung itu juga menyebabkan kakak mangsa cedera akibat tersepit di dalam kereta yang remuk keseluruhan pada bahagian atas.

“Keterangan daripada bapa mangsa mengatakan mangsa dan kakaknya keluar untuk ke pekan Jerantut selepas maghrib sebelum dia dimaklumkan kejadian yang berlaku,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Mazlan berkata bedah siasat di Hospital Jerantut mengesahkan punca kematian mangsa yang baru sebulan bekerja di Jabatan Perangkaan Bentong adalah disebabkan kecederaan parah di kepala.

Pada kejadian itu, polis dibantu anggota bomba untuk mengeluarkan mangsa dan kakaknya yang tersepit di dalam kereta tersebut. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]