Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Adib: Waytha Saman Lokman Adam Berhubung Ucapan Fitnah


KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berhubung ucapan berbaur fitnah membabitkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada perhimpunan yang diadakan di ibu negara pada 4 Jan lepas.

Saman fitnah itu difailkan Waytha Moorthy, 53, menteri yang bertanggungjawab dalam perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial, selaku plaintif menerusi Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co pada 26 April lepas dengan menamakan Lokman Noor, 46, sebagai defendan.

Pihak media memperoleh salinan dokumen itu selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Latifah Mohd Tahar hari ini, yang turut dihadiri peguam Annou Xavier yang mewakili menteri terbabit dan peguam N. Logendran bertindak bagi pihak Lokman Noor.

Annou memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 1 Nov untuk pengurusan kes selanjutnya.

Dalam penyataan tuntutan, Waytha Moorthy, yang juga senator, mendakwa defendan telah berucap pada perhimpunan bantahan yang dihadiri kira-kira 100 peserta dan menyebabkan ucapannya dimuat naik dalam laman Facebooknya yang telah mendapat paparan sebanyak 55,000 dan dikongsi sebanyak 1,658 setakat 18 April lepas.

Dakwa plaintif, ucapan fitnah itu diterbitkan menerusi dua video yang dimuat naik melalui saluran Youtube KiniTV dan Sinar TV antaranya bertajuk "Beberapa menteri cuba ubah laporan bedah siasat Adib, dakwa Lokman".

Plaintif juga mendakwa ucapan fitnah itu turut diterbitkan di dalam empat artikel antaranya bertajuk "Lokman dakwa beberapa menteri cuba ubah laporan bedah siasat Adib" dan "Waytha Moorthy antara menteri minta ubah keputusan bedah siasat Adib" di beberapa portal berita termasuk Malaysia Kini dan Minda Rakyat bertarikh 4 Jan dan 5 Jan lepas.

Dakwanya, kenyataan fitnah itu antara lain bermaksud beliau seorang menteri yang tidak jujur, cuba memanipulasi laporan perubatan berkaitan kematian Muhammad Adib, gagal melaksanakan tugas sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial selain menghasut rusuhan di Kuil Sri Mariamman di USJ Subang.

Menteri itu juga mendakwa kenyataan fitnah itu adalah tidak benar dan menyebabkan reputasinya sebagai menteri dan senator Dewan Negara terjejas.

Katanya, satu surat tuntutan telah dikeluarkan pada 11 Mac lepas bagi menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf, namun defendan gagal berbuat demikian, oleh itu plaintif antara lain menuntut ganti rugi am, teladan dan injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan semula ucapan fitnah berkenaan menerusi media cetak dan elektronik.

Lokman Noor dalam penyata pembelaan difailkan pada 3 Julai lepas, menafikan ucapannya pada perhimpunan itu memfitnah menteri itu dan mendakwa ucapan berkenaan adalah satu komen berpatutan dan dibuat berdasarkan fakta dengan niat untuk kepentingan orang ramai. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Theresa loan said...

LOI THERESA

Kami kini memberi pinjaman kepada Asia Tengah Amerika liar

negara dan lain-lain @ 2% Kadar Faedah dengan NO KAWALAN KREDIT dari USD5000, hingga berbilion dolar sepanjang tempoh 12-144 Bulan.

REMUNERASI LENDING kami bermula dalam masa 3 bulan selepas penerima menerima pinjaman pada hari kelulusan dan kami menawarkan pelbagai

daripada pinjaman, termasuk:
* Penyatuan hutang
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman Peribadi
* Pinjaman Rumah
* Pinjaman Kewangan Kereta

✔. Senarai hitam boleh dikenakan

✔. NO CHECK CREDIT

Kajian ✔.Debt atau perintah mahkamah boleh dikenakan

✔.ETC boleh memohon.
Pinjaman Tunai Theresa Syarikat ini adalah a

filem pinjaman berdaftar dan dibenarkan dan kami menawarkan pinjaman kepada semua warganegara yang tersenarai hitam, tidak semak KREDIT.

Terapkan sekarang dengan nombor mudah alih anda, nombor ID, nama penuh, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman kepada E-mel

: Nombor pejabat Theresaloancompany@gmail.com ++ 12817208403

Untuk kejelasan lanjut, jangan ragu untuk menghubungi kami atau WhatsApp (+12817208403).

Salam sejahtera,

Theresa

Pengiklan Pinjaman (Pr),

Pinjaman Theresa

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]