Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Kontroversi Isu Lynas, Zuraida Dakwa Ikut Keputusan Kabinet


PEKAN  - Kabinet telah membuat perbincangan dan mendapat persetujuan bersama untuk kilang memproses nadir bumi Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng dekat sini terus melaksanakan operasinya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau mengikut keputusan yang diputuskan oleh Kabinet.

"Ini keputusan Kabinet yang kita telah bincang dan dapat persetujuan, itu yang mara ke depan.

"Saya adalah ahli Kabinet, jadi saya perlu ikut keputusan yang diputuskan Kabinet," katanya ketika ditemui pemberita pada program lawatan dan penyampaian hadiah kejohanan memanah Hari Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Lapang Sasar Arena Mahkota di sini hari ini.


Beliau berkata demikian apabila ditanya berhubung keputusan meneruskan operasi kilang Lynas dan peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam membantu kerajaan negeri mengenal pasti tapak Pelupusan Tetap (PDF) sisa Lynas.

Semalam, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dalam kenyataannya memaklumkan, lesen operasi Lynas yang akan berakhir 2 September ini diperbaharui selama enam bulan.

Zuraida berkata, dalam tempoh enam bulan itu, kementerian berkenaan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri mengenal pasti tapak PDF untuk sisa bahan mineral berkenaan.

"Kerajaan negeri akan mencadangkan tapak dan kerajaan Pusat akan buat semakan sama ada sesuai atau tidak. Ia perlu mengikut garis panduan standard contohnya berapa jauh dari penduduk dan kawasan perumahan," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]