Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Kumpulan Ronnie Liu Akan Ambil Tindakan Terhadap Lynas !


KUALA LUMPUR: Kumpulan menentang operasi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pemilik, Lynas (Malaysia) Sdn Bhd sekiranya lesen operasi kilang nadir bumi itu diluluskan, kata Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu.

Beliau berkata kumpulannya bertegas kerajaan Pakatan Harapan tiada sebab dan alasan untuk membenarkan kilang itu beroperasi di negara ini.

“Lynas mesti dikeluarkan dari Malaysia. Tiada kompromi untuk Lynas,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama pimpinan DAP di ibu pejabat parti itu malam tadi.

Ronnie bagaimanapun bertegas kumpulannya itu tiada kaitan dengan DAP. Beliau tidak mendedahkan apa-apa maklumat lanjut mengenai kumpulan itu.

“Kumpulan kami pada hari pertama lagi sudah cuba menghentikan operasi Lynas, mereka memikirkan segala kemungkinan untuk menghentikan Lynas termasuk tindakan undang-undang,” katanya.

Lynas diselubungi kontroversi sejak kumpulan alam sekitar dan ahli politik PH membantah kilangnya atas alasan kesihatan dan menyeru ia ditutup.

Lesen oprasi kilang berkenaan perlu diperbaharui bulan depan. Kenyataan-kenyatan Pakatan Harapan memberi gambaran lesennya akan diperbaharu selepas Lynas mengatur pelupusan sisa kilangnya.

Ronnie mendakwa dia pernah menulis surat kepada Lynas lebih setahun lalu bagi menyampaikan hasrat untuk melawat kilang kontroversi itu tetapi belum mendapat sebarang maklum balas.

Lynas sebelum ini berkata ia pernah mengundang pengkritiknya termasuk Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin ke kilangnya tetapi tidak itu disambut.

“Jika mereka balas, saya akan pergi segera,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]