Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Pasukan Khas Di Tubuhkan Jaga Kebersihan Bandar Kuantan !


KUANTAN - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang menubuhkan 'Task Force' melibatkan beberapa agensi kerajaan dan swasta dalam memastikan bandar Kuantan sentiasa dalam keadaan bersih.

Pasukan tersebut turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan, Alam Flora Sdn Bhd, Roadcare Sdn Bhd dan YP Maintenance Sdn Bhd.

Pengarahnya, Sharudin Hamid berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan pada setiap Selasa bagi membincangkan isu berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di daerah ini melibatkan agensi-agensi tersebut.

"Kita akan mengadakan mesyuarat 'War Room' bagi menyelaraskan kerja-kerja yang melibatkan skop berbeza antara agensi dan penyelesaian isu pembersihan jalan-jalan JKR di bandar.

"Kita juga turut melakukan penyelarasan pertindihan jadual kerja dan kerjasama strategik dalam pelaksanaan program-program CSR kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pelancaran Pasukan Khas 'Task Force' Kebersihan Kuantan di Taman Bandar, Indera Mahkota, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan negeri, Abdul Rahim Muda yang turut merasmikan program tersebut.

Sharudin berkata, dengan tertubuhnya pasukan berkenaan, pihaknya berharap aspek penjagaan kebersihan alam sekitar dapat dilaksanakan secara efektif dan holistik.

Dalam pada itu, menurutnya, jalan-jalan utama dan kawasan yang menjadi tumpuan utama masyarakat khususnya pelancong merupakan fokus utama bagi menampilkan imej positif terhadap kebersihan bandar Kuantan.

"Kita juga akan bertindak di atas laporan orang awam dan akan melakukan pembersihan yang mungkin akan melibatkan penduduk setempat bagi memastikan ia sentiasa bersih dan (pencemaran) tidak berulang kali.

"Kali ini, kita akan memastikan kawasan yang kita lakukan pembersihan tidak hanya bersih pada hari kita lakukan pembersihan, namun kita mahukan ia kekal bersih pada setiap masa," katanya. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Isabella Charlotte said...

Akhirnya saya mendapat hutang saya dan saya mempunyai wang yang cukup untuk membeli-belah Krismas saya. Semuanya berlaku kerana saya tersandung ke alamat e-mel ini blankatm002@gmail.com pada mulanya saya sedang mencari untuk mendapatkan pekerjaan tambahan untuk meningkatkan gaji saya dan saya dapati bagaimana kad atm kosong dari syarikat ini memberikan anda lebih dari $ 20,000 semua dalam 1 bulan. Pada mulanya saya walaupun ia adalah satu lagi skim internet sehingga saya melihat beberapa ulasan bagaimana kad kosong ini dari syarikat ini telah mengubah kehidupan ramai tanpa teragak-agak saya memerintahkan untuk kad dan dalam masa kurang dari 7 hari ia telah disampaikan kepada saya dan ejen itu menunjukkan saya bagaimana ia berfungsi dan ia telah diuji hanya 3 minggu dan segala-galanya seolah-olah kurang tertekan syarikat ini telah benar-benar mengubah hidup saya dan taraf hidup. Saya akan mengasihi anda di laman web ini untuk melawat blankatm002@gmail.com dan dapatkan kad hari ini untuk mengurangkan stres dan mendapatkan wang yang baik dengan cepat.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]