Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

ADUN Sg Lembing: Bauksit Di Bukit Goh Bernilai RM2 Bilion


KUANTAN - Bauksit bernilai lebih RM2 bilion yang masih 'tersadai' di tanah rancangan Felda Bukit Goh mampu memberi pendapatan kepada Kerajaan Negeri Pahang sehingga RM2 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Suhaimi Md Shah berkata, nilai itu sangat besar ditambah pula dengan situasi dan kedudukan negeri ini yang ditadbir kerajaan pembangkang dan perlu berdiri di atas pendapatan sendiri.

Menurutnya, Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Pahang yang berjaya dimuktamadkan dan berkuat kuasa 5 September lalu adalah berita gembira buat penduduk yang juga pemilik tanah bauksit di sini.

"Kita harap tempoh moratorium dipercepatkan. Penduduk begitu berharap boleh berurus niaga semula. Walaupun harga jatuh, ia masih boleh diniagakan. Bahkan dari sudut pendapatan kerajaan negeri juga amat membantu. Di Bukit Goh sahaja ada lebih RM2 bilion bauksit dan difahamkan boleh beri pendapatan lebih RM2 juta kepada kerajaan negeri.

"Seperkara lagi saya harap kerajaan negeri dan agensi yang menguruskan perlombongan bauksit ini beri peluang kepada anak tempatan di kawasan ini khasnya dari segi pekerjaan dan peluang. SOP juga menetapkan bauksit kena basuh di kawasan perlombongan itu sendiri sebelum diangkut ke dalam lori untuk elak pencemaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Karnival Mega Merdeka Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) di Felda Bukit Goh di sini hari ini.

Suhaimi mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan karnival tersebut dan penubuhan Pertubuhan Gagasan Dua Generasi Kuantan Pahang.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, menerusi SOP yang ditetapkan akan menjamin keuntungan kepada pemilik tanah bauksit dan penduduk.

SOP berkenaan dimuktamadkan pada sesi perjumpaan khas Menteri Besar Pahang bersama Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, baru-baru ini. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

xenadiana said...

Dimana lagi mau main Poker Uang asli deposit pulsa hanya dengan modal 10rb? Di Anapokerlah Tempatnya!

Cara deposit pulsa yang mudah, bisa dari Indomaret ataupun Alfamart. Gabung sekarang dengan Anapoker, Situs Poker Terpercaya di Indonesia

Contact Anapoker Sekarang
Whatsapp : 0852 2255 5128
Line ID : agenS1288
Telegram : agenS128

Kunjungi Situs Games Online Uang Asli Terpercaya Lainnya :
link alternatif sbobet

sbobet alternatif

login sbobet

link sbobet

sabung ayam online

adu ayam

casino online

poker deposit pulsa

deposit pulsa poker

deposit pulsa

deposit pulsa

deposit pulsa
Jackpot Gede hanya dengan 1000 Rupiah

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]